Guna Bahan Ni Khusus Untuk Pencerahan Wajah

Posted by Teamon Malaysia on

GUNA BAHAN NI KHUSUS UNTUK PENCERAHAN WAJAH

Halu! Untuk post kali ni nak share bahan yang perlu korang guna untuk cerahkan wajah. Ramai kan antara korang yang baca ni yang nak cerahkan wajah, nak cerahkan parut gelap. Lagi-lagi korang yang nak glow tu lagi lah wajib teruskan pembacaan ni.  

Buah orange

Buah orange antara buah yang tinggi dengan vitamin C. Keperluan harian untuk vitamin C untuk wanita ialah 75mg manakala lelaki ialah 90mg. Anggaran vitamin C sebiji orange ialah 70mg maka cukup makan sebiji buah orange sehari untuk memenuhi keperluan harian vitamin C dalam badan kita.

Macam mana kalau terlebih makan vitamin C? Jangan risau sebab lebihan vitamin C ni akan dibuang melalui proses perkumuhan. Bijak kan badan kita?

KEBERKESANAN? Berapa cepat keberkesanan vitamin C ni? Paling cepat adalah 3 minggu. Namun setiap orang mempunyai tindas balas yang berbeza terhadap sesuatu bahan. Jadi kalau tak nampak kesan selepas 3 minggu korang tetap kena konsisten.

Alpha Arbutin

Alpha arbutin ni dijumpai daripada daun kering tau. Antaranya dariapada daun kranberi, daun pear dan beberapa pokok lain lagi.

FUN FACT : Alpha arbutin mempunyai sifat yang sama dengan hydroquinone, memberi kesan pemutihan yang cepat. Namuni hydraquinone ini merbahaya terhadap badan manusia jadi saintis mengharamkan penggunaannya dan gantikan dengan alpha arbutin yang sama fungsinya tetapi tidak mendatangkan keburukan kepada tubuh manusia.

Alpha arbutin mengambil masa 7-10 hari paling cepat untuk beri kesan kepada kulit. Cepat kan? Tapi reaksi kulit setiap orang berbeza tau. Ada juga sesetengah kulit yang sampai berminggu-minggu baru nampak perbezaan.

Flaxseed 

Flaxseed ni kurang famous sikit tapi sangat lah ‘underrated’. Sebab tak banyak lagi skincare yang menggunakan flaxseed sebagai star-ingredient. Kebanyakanya hanya ada supplement, minyak dan sebagai spread atas roti.

Jadi apa kelebihan flaxseed ni? Selain dari mencerahkan kulit kan, ada lagi kelebihan lain tau. Haa teruskan pembacaan korang.

  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Kaya dengan anti-oksidan
  • Mengurangkan inflammatory
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Elok untuk sistem pencernaan.
  • Menguatkan rambut

Banyak sangat kebaikan flaxseed ni tau. Senang cerita elok untuk luar dan dalam badan! Tapi kali ni nak fokus dekat kebaikan dia kepada kulit je dulu.

  1. Mencerahkan kulit & natural glow- terima kasih kepada asid lemak yang ada di dalam flaxseed ni tau sebab ia boleh cerahkan serta meratakan tona kulit yang tak sekata tu dari luar dan dalam. Muka kusam? Tona kulit tak sekata? Haa pakai je mask dari flaxseed ni atau masukkan ke dalam pemakanan.

 

  1. Mengecutkan jerawat- flaxseed kaya dengan sifat anti-flammatory yang mampu mengawal dan mengecutkan jerawat.

 

  1. Melegakan iritasi kulit- kalau kulit ada kemerah-merahan, sunburn ke kan elok gunakan flaxseed sebagai masker di kawasan yang bermasalah. Keberkesanannya boleh dilihat dalam 2-3x penggunaan tau!

Nak cerahkan kulit? Pakai sebagai masker selama 10 min. Ada jerawat? Boleh buat spot treatment. Muka berminyak? Pakai 5 min kemudian cuci. Nak redakan sunburn? Pun sama buat masker. Mudah je kan.

Akhir kata untuk post kali ni Abah nak pesan carilah bahan yang betul bersesuain dengan kehendak kulit masing-masing. Kalau nak cerahkan kulit sila lah cari vitamin C, alpha arbutin dan flaxseed. Kena rajin sikit lah baca ingredient setiap produk. Leceh tapi serius berbaloi untuk skin korang. Selamat mencuba!

← Older Post Newer Post →



Leave a comment