Jenis Parut Dan Cara Untuk Rawat

Posted by Teamon crew on

Hai semua! Lama tak share dengan hampa tentang tips skincare kan?

Kali ni Abah nak share tentang jenis parut yang boleh terjadi dekat kulit hampa dan macam mana nak rawat. Bonus Abah akan kongsi dekat hampa macam mana nak elakkan dia daripada terjadi. Abah yakin ramai yang ada masalah parut dan buntu macam mana nak rawat.

Jadi hampa wajib teruskan pembacaan supaya lepas habis je baca ni hampa tahu dah nak buat apa untuk rawat dan elakkan daripada parut ni daripada terjadi.

ADA BERAPA JENIS PARUT?

Sebelum hampa nak rawat parut yang ada dekat muka tu kan hampa kena tahu dulu parut tu jenis apa. Bila dah tahu jenis parut, barulah hampa tahu cara yang tepat untuk rawat.

 Parut ada 3 jenis:

  1. Parut gelap atau nama panjang dia Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
  2. Parut merah-merah atau Post Inflammatory Erythema (PIE)
  3. Parut berlubang.

Dalam post kali ni Abah cerita tentang PIH dan PIE dulu. Untuk parut berlubang hampa boleh baca dekat sini. Abah ada share dekat artikel lain sebab parut berlubang pun ada pecahan lain dan perlukan explaination yang panjang. Nanti hampa baca naa.

POST INFLAMMATORY HYPERPIGMENTATION (PIH)

type of scar pih jenis parut gelap

 

Apa itu PIH? PIH ni warna dia gelap dan kadang-kadang dark brown. Parut ni lambat nak pudar. Biasanya akan ambil masa 2-4 bulan baru parut betul-betul pudar.

Bagaimana boleh jadi PIH ni?

Parut ini juga dipanggil sebagai hyperpigmentation scar. Proses pigmentasi terjadi akibat peningkatan pengeluaran melanin.

Peningkatan pengeluaran melanin adalah salah satu proses kulit heal inflammation atau jerawat.

Melanin ni tugas dia memberikan color kepada kulit dan apabila color yang berlebihan, terjadi lah parut yang lebih gelap daripada tona asal kulit kita.

Lagi teruk inflammation, semakin gelap parut PIH. Kalau hampa ada habit suka picit jerawat juga akan mengakibatkan PIH yang teruk.

CARA MERAWAT PIH

Nak merawat parut PIH mudah namun ia perlukan kesabaran yang tinggi. Untuk permulaan korang perlu ada skincare rutin dan perlu konsisten. Kalau belum ada basic skincare rutin, sila buat yang basic dahulu baru proceed step yang lain.

Antara cara untuk pudarkan PIH:

  • Pemakaian sunscreen

Sunscreen ini penting supaya PIH tidak menjadi semakin gelap. Jika tiada protection, kulit akan keluarkan lagi melanin kerana melanin juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Untuk lebih detail hampa boleh baca dekat sini.

  • Pakai Vitamin C serum

Vitamin C serum dapat membantu memudarkan parut PIH yang gelap serta dapat sekatakan semula tona kulit. Semakin tinggi concentration Vitamin C, semakin cepat boleh lihat perbezaan. Namun concentration yang tinggi boleh membuatkan kulit terasa pedih.

  • Pemakaian produk yang mengandungi brightening ingredient

Selain dapat memudarkan PIH, brightening ingredient juga dapat mengurangkan kusam pada kulit dan memberi effect glowing.

Antaranya ialah alpha arbutin, galactomyces, kojic acid dan niacinamide.

  • Exfoliate menggunakan AHA

Penggunaan AHA dapat membantu mempercepatkan kadar penukaran atau pengeluaran new skin cell. New skin cell ini akan tolak keluar dead skin cell seperti parut PIH.

  • Rawatan laser atau microneedling
Dua rawatan ini mempunyai persamaan proses dengan penggunaan AHA di mana dapat remove dead skin cell termasuk skin yang ada parut PIH.

 

POST INFLAMMATORY ERYTHEMA (PIE)

type of scar PIE jenis parut merah-merah

 

type of scar PIE jenis parut merah-merah

 

PIE ini berbeza dengan PIH. Parut ini berwarna kemerah-merahan atau lebih kronik berwarna ungu gelap. Parut PIE juga mengambil masa 4-6 bulan untuk pudar.

Bagaimana PIE terjadi?

Parut PIE terjadi akibat daripada  salur darah membengkak atau rosak disebabkan inflammation seperti jerawat. Biasanya PIE jelas kelihatan kepada orang yang berkulit cerah.

CARA MERAWAT PIE 

Parut PIE ini boleh pudar secara sendiri namun prosesnya boleh dipercepatkan dengan penggunaan produk. Antara cara untuk memudarkan parut PIE:

  • Mengandungi bahan soothing

Bahan yang soothing juga sesuai untuk kulit yang breakout. Antara bahannya ialah centella asiatica, cucumber extract, aloe vera, green tea dan snail mucin.

  • Niacinamide

Produk yang mengandungi niacinamide sangat bagus untuk mengurangkan inflammation akibat daripada jerawat dan ia juga membantu kulit untuk menyimpan lembapan.

  • Teknik microneedling

Penggunaan microneedle dapat menghasilkan luka kecil di mana ia menggalakkan penghasilan collagen baru sekaligus dapat merawat salur darah yang membengkak dan. pudarkan parut PIE. Namun penggunaan microneedling memerlukan beberapa kali sesi.

NAK PAKAI PRODUK APA?

Abah keluarkan beberapa produk untuk bantu hampa yang ada masalah parut PIH atau PIE.

Kalau untuk parut PIH Abah suggestkan hampa untuk cuba Brightening set di mana ada Cica cream mask dan Vitamin C serum. Yang paling bonus ialah Cica Cream mask sebab mengandungi galactomyces dan niacinamide untuk cerahkan parut serta sekatakan tona kulit.

Untuk parut PIE pula, penggunaan Cucumber Hydration serum dapat soothkan inflammation serta mengecutkan any jerawat yang aktif.

The most suitable product untuk kedua parut PIH dan PIE ialah Scar roller di mana ia sama dengan teknik microneedling. Scar roller bukan sahaja mempunyai microneedle atau jarum malah didatangkan bersama Vitamin C serum. Lagi best bila hampa beli Scar set akan dapat free cleanser dan alcohol rub untuk sanitize jarum. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut tentang Scar set.

DAH DAPAT CARA NAK RAWAT PARUT?

Jadi hampa rasa hampa dah tahu kan macam mana nak rawat masalah parut. Lepas ni hampa tak perlu pening kepala dah nak cari jalan penyelesaian untuk pudarkan parut.

← Older Post Newer Post →


Comments


  • ] Erujazir kkv.rcyv.teamon.com.my.tqq.ph http://slkjfdf.net/

    efadohasurodp on
  • ] Eenana ndm.jphs.teamon.com.my.jpc.xh http://slkjfdf.net/

    amuhiduak on
  • ] Epibwanok sjh.atpp.teamon.com.my.emf.to http://slkjfdf.net/

    uwkomojjoqowe on
  • ] Uikituz ubd.pxqw.teamon.com.my.vdh.sd http://slkjfdf.net/

    iexaajucoz on
  • ] Uwavote man.wrzi.teamon.com.my.vky.oz http://slkjfdf.net/

    ipeovauta on
  • Stress muka berparut hm

    Najjah on

Leave a comment