Pada zaman sekarang, apabila bercakap tentang keinginan kulit yang licin bersih bukan sahaja terarah pada kaum wanita sahaja malah, lelaki juga inginkannya.
Ini adalah kerana apabila kita mempunyai kulit wajah yang licin dan bersih ia akan meningkatkan keyakinan seseorang individu itu.
Walau bagaimanapun, pastinya akan terfikir bagaimana cara untuk mendapatkan hasilnya.
Setiap perkara yang ingin dilakukan mesti ada tiga benda ini iaitu:
1) Rajin
2) Konsisten
3) Tidak pernah putus asa.
Jika, ketiga-tiga perkara di atas dapat dilakukan dengan baik, maka InshaAllah hasilnya juga akan menjadi baik dan berpuas hati.
BACA SINI: LEBATKAN RAMBUT
Tidak dapat dinafikan, pada zaman yang kian membangun ini sudah terdapat pelbagai jenis produk yang telah dikeluarkan di pasaran untuk kecantikan kulit wajah.
Malah, bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini juga tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan semula jadi, ia bukan sahaja baik digunakan pada kesihatan tubuh badan malah, untuk kecantikan kulit wajah juga boleh digunakan.
MANFAAT BUAH BEETROOT
Beetroot sangat baik digunakan pada kulit wajah. Terdapat banyak khasiat yang boleh diperolehi daripada buah beetroot ini. Antara manfaat yang ada pada buah beetroot ialah:
- Sumber Nutrisi Dan Serat
Ia mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap dan baik untuk kesihatan tubuh badan. Beetroot mempunyai kandungan Vitamin C, mineral dan juga serat.
Dalam masa yang sama, ia mempunyai kandungan khasiat yang baik untuk hati, tulang, ginjal dan juga pankreas.
- Mencegah Pertumbuhan Jerawat
Dengan adanya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan zat besi ia mampu untuk mengatasi masalah minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
Sekali gus, apabila masalah minyak berlebihan dapat diatasi dan dalam masa yang sama dapat menjadikan kulit wajah yang "normal" maka, masalah pertumbuhan jerawat pada kulit wajah dapat diatasi.
- Lingkaran Hitam Bawah Mata Dapat Diatasi
Masalah lingkaran hitam pada bahagian bawah mata atau lebih mudah difahami "mata panda" ini sering menjadi punca seseorang itu hilang keyakinan diri.
Perkara ini berlaku adalah disebabkan tidur yang tidak cukup dan gaya hidup yang tidak sihat. Dengan hanya menggunakan jus beetroot ini secara konsisten ia mampu untuk mencerahkan lingkaran hitam tersebut.
Terdapat produk yang menggunakan buah beetroot ini sebagai bahan utama dalam produk tersebut. Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan produk yang berasaskan beetroot iaitu Beetroot Mask.
ANTARA MANFAAT YANG DIPEROLEH DARIPADA TEAMON BEETROOT MASK
- Mencerahkan kulit wajah
- Memudarkan parut
- Merangsang kolagen
- Mengurangi jeragat
Tidak dapat dinafikan ia sesuai untuk semua jenis kulit wajah. Fokusnya adalah untuk pencerahan wajah, warna kulit tidak sekata dan dapat memudarkan parut jerawat.
BACA SINI: LEBATKAN RAMBUT
Maka dengan itu tidak dapat dinafikan bahan semula jadi yang ada pada muka bumi ini tedapat banyak khasiatnya yang boleh digunakan untuk kecantikan kulit wajah.
Malah, ia juga boleh dilakukan dengan sendiri. Salah satunya Tips Dari Dapur Abah kali ini ialah, Rahsia Kulit Licin bersih Gadis Korea.
BAHAN-BAHAN
- Beetroot
- Tepung Beras
- Madu lebah
CARA PENYEDIAAN
Sediakan beetroot. Bagi pengetahuan ringkas ada seorang artis Malaysia juga menggunakan beetroot sebagai kecantikan kulit wajahnya. Hasilnya memang terbukti, kulit menjadi cantik, bersih, cerah dan glowing.
Seterusnya, kisarkan beetroot tersebut untuk mendapatkan jus beetroot. Selepas itu, masukkan 3 sudu tepung beras. Masukkan jus beetroot yang telah dikisar tersebut dan gaul sehingga sebati.
Kemudian, masukkan madu lebah ke dalamnya. Akhir sekali, sapu pada kulit wajah. Pakai seminggu dua hingga tiga kali supaya dapat hasil yang terbaik.