Tengok Ni Kalau Ada Masalah Jerawat

Posted by Teamon crew on

Masalah jerawat merupakan perkara atau topik yang sering diperkatakan pada setiap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana, jerawat boleh menyebabkan seseorang individu itu mengalami kemurungan dan hilang keyakinan dalam diri. Justeru, perkara ini seharusnya dipandang serius supaya ia tidak menjadi lebih parah.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat pada wajah. Bukan sahaja dengan cara membeli produk yang berada di pasaran, malah dengan menggunakan bahan semula jadi juga dapat membantu daripada masalah jerawat ini.

TENGOK NI KALAU ADA MASALAH JERAWAT

BACA SINI: DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT

Salah satu cara ialah dengan menggunakan tiga bahan iaitu timun, santan dan madu. Bagi pengetahuan ringkas timun mempunyai khasiat yang tersendiri pada wajah. Timun mempunyai nutrisi yang baik pada tubuh badan.

Tambahan lagi, timun mempunyai kalori yang rendah dan dalam masa yang sama ia mempunyai serat yang tinggi. Maka dengan itu, ia dapat menurunkan berat badan. Ia juga mempunyai banyak air, vitamin A, vitamin C, vitamin B dan mempunyai mineral. Antaranya ialah, magnesium, silika dan magnan.

Seterusnya, disebabkan khasiat di dalam timun ia dapat dijadikan sebagai mask, scrub, torner dan sebagainya yang baik digunakan pada wajah. Kemudian, bagi santan pula ia baik digunakan untuk pelembab dan pembersih pada wajah.

BACA SINI: DIY CLEANSER UNTUK MUKA JERAWAT DAN BREAKOUT

BAHAN-BAHAN 

  • Timun
  • 4 Sudu santan
  • 4 Sudu madu

CARA PENYEDIAAN

Bagi cara penyediaannya pula ialah sediakan timun. Kisarkan timun tersebut bersama air supaya mudah untuk dihancurkan. Selepas siap dikisar, masukkan ke dalam mangkuk. Seterusnya, masukkan empat sudu santan ke dalamnya. Tambahan lagi, untuk lebih bagus gunakan santan yang asli.

Kemudian, untuk melembabkan lagi kulit masukkan empat sudu madu lebah dan gaul sehingga sebati. Seterusnya, masukkannya ke dalam ice tray sehingga 24 jam.

Setelah dibekukan, gunakan satu biji ais tersebut dan gosokkan secara lembut pada wajah. Dilakukan secara selang sehari. Kesannya, kulit akan menjadi lembab dan jerawat akan kecut.

 Kesimpulannya, setiap individu yang mempunyai masalah jerawat haruslah sentiasa mencari ilmu untuk mengatasi masalah jerawat yang sering dihadapi. Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelsaiannya tidak kira ia senang atau sukar.

 

TENGOK NI KALAU ADA MASALAH JERAWAT

← Older Post Newer Post →



Leave a comment