Toner Timun Untuk Muka Jerawat

Posted by Teamon crew on

Terdapat pelbagai jenis toner yang berada di pasaran, malah timun juga boleh dijadikan sebagai toner

Mungkin ada sesetengah individu masih tidak tahu apakah kebaikan atau kegunaan toner untuk kulit wajah. 

Toner merupakan salah satu produk yang digunakan pada kulit wajah. Fungsinya ialah untuk menghilangkan:

- Kotoran

- Minyak

- Sisa Makeup

Tambahan lagi, toner juga boleh berfungsi sebagai pelembab kulit supaya tidak menjadi kering selepas mencuci muka. 

KEBAIKAN TONER TIMUN

BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

Bagi pengetahuan yang ringkas, toner terbahagi kepada dua jenis iaitu Hydrating Toner dan Exfoliating Toner.

JENIS-JENIS TONER

Hydrating Toner

Hydrating Toner digunakan untuk melembabkan kulit wajah. Dengan kulit wajah yang lembab, sekali gus mampu untuk menyerap setiap bahan yang berada dalam produk skin care dengan baik.

Antara bahan yang ada padanya ialah hyaluronic acid, gel lidah buaya dan Vitamin E.

Tambahan lagi, toner pelembab ini diperbuat daripada bahan-bahan yang sememangnya berfungsi untuk memberikan kelembapan kulit wajah.

Teamon Malaysia juga ada mengeluarkan toner. Ia berbentuk set iaitu Teamon Deep Set. Ia mengandungi:

- Cucumber Hydrating Toner

- Oat Bar Soap

 

KEBAIKAN TONER TIMUN

 

Exfoliating Toner

Exfoliating pula bagus untuk eksfoliasi sel kulit mati yang berada pada kulit wajah.

Toner seperti ini mampu untuk membersihkan kulit wajah daripada sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan dengan sebetulnya. Dalam masa yang sama, ia sesuai digunakan untuk menghilangkan sisa makeup dari wajah.

Toner Eksfoliator diperbuat daripada alpha dan beta-hydroxy acid.

Selain daripada fungsinya mampu untuk membersihkan kulit wajah, ia juga boleh mengatasi serba sedikit masalah bintik hitam dan masalah kerutan.

BACA SINI: SIAPA ADA MASALAH SAMA MACAM NI ?

Selain daripada fungsi toner mampu untuk melembabkan kulit wajah, ia juga mampu untuk mengatasi masalah pertumbuhan jerawat. 

Tambahan lagi, toner mampu dimiliki pada setiap individu. Ini adalah disebabkan hanya dengan menggunakan timun, mampu untuk terhasilnya toner.

Timun mampu dijadikan sebagai toner kerana ia mempunyai kandungan air yang tinggi, sekali gus mampu untuk melembabkan kulit wajah

Selain itu, ia juga mempunyai Vitamin C. Fungsinya adalah untuk memudarkan parut gelap dan juga kurangkan berlakunya mata panda.

BAHAN-BAHAN

Timun

CARA PENYEDIAAN

Sediakan timun. Terdapat dua cara, ia boleh disagat atau dikisar untuk mendapatkan air timun. 

Selepas itu, tapis timun tersebut. Kemudian, masukkan air timun tersebut ke dalam botol spray supaya mudah digunakan.

Cara pertama, spraykan air timun tersebut pada cotton pad dan sapukan pada muka. Cara kedua, teruskan spray secara langsung pada muka dan dab sehingga ia meresap.

Kesimpulannya, pada zaman yang kian membangun ini semuanya sudah siap tersedia di pasaran. Maka dengan itu, tiada alasan untuk kita mendapatkan hasil yang terbaik untuk diri sendiri.

← Older Post Newer Post →



Leave a comment